Feb 27, 2011

Bila Otak Tak Centre?, Jom Guna YOGURT dan Buang Produk Lain!

Yaay! tak tahu kenapa hari ni terasa happy sangat,well otak kalau kurang centre memang macam tuh..HAHA okay okay,calm down beb,kita mesty bawa bertenang bila kita happy nanti lain pulak yang jadi,kan?! kan?! kang silap ari bulan ada yang jadi hulk kang..{Hijau gituh,okokok, >.< } hari nih holiday! so just bangun tido,makan-makan,basuh baju,then amik laptop nak tulis-tulis dalam blog, online and also blogwalking..paling besh biler follower meningkat seramai 40 orang hari nie ! clap ur hand! clap! clap! {tepuk sorang-sorang je..auhh maluuu} selain tue,aku cuma nak say WAH!hari nih aku lah orang paling bertuah,eh kau jeles? HAHA.,memang patut.sebab kau tak happy.Kalau tanya aku lah kan,aku memang suka tengok orang happy,bila dia happy dia tak marah,bila dia tak marah,mesty ada benda happy akan berlaku,aaawwww! suka tak? suka kan?? {apesal aku gedik sangat hari nie..haishh} hee,haa,kalau baca entry kali nih simple je,bole {yeye orr je simple,padahal panjang berjela-jela jugak..aisehh} cuma nak cakap ada video besh and terbaek dari ladang yang akan aku share dengan korang semua..video ape? TeeeT !!
{kasi suspen cket}..
SAPE NAK CANTIK DAN RAMBUT PANJANG
SILE ANGKAT KAKI !
besh kan kalao muke kite bersih comel licin je,ala-ala Hanis Zalikha gitu..eh yeke? HAHA..kalao naek satu pimple kat muke,mule lah resah tak tido 40 hari 40 malam,sebok nak tenyeh muke dengan pelbagai produk lah kononnyer..naek tensyen kadang-kadang tu..eheh..nie semua kerja perempuan lah..lelaki maybe heppy go lucky kowt naek pimple..kahkahkah..dah-dah tamao tensyen mensyen lagi,tak jadi awet muda kan nanti..{eh betol ke fakta aku keluarkan nie? hentam kromo je kowt} kali nie,aku nak share cammane korean gurl dapat muke cantek cun gitu,JUST! guna Yogurt je tawu..haa,jangan pikir nak makan je..sekali sekale ape salahnye kite buat mask en..kate nak cantek..jom tengok! {Model dalam Video nie adelah Yana,sile angguk kepale tande percaya! HAHA }

            


SUKE STRAWBERRY ? JOM COMEL COMEL BERSAME STRAWBERRY
>Home made STRAWBERRY YOGURT mask tutorial<

Haa..amacam? okae tak? Korang nak kan kulit  macam orang korea? Licin je? Bersih je? Lawa je?Apa kata korang try konfem aci belakang rumah korang pun suka tengok hari-hari..HAHA!Ni tengah holiday mestilah nak lawa-lawa.Mestilah nak vogue-vogue.. Betol tak? lagipon,nak buat bukannye  lama sangat.,cuma perlu tenyeh-tenyeh saje dekat muka korang tue..Tempek-tempek macam hantu cina.HAHA!Okey? Kalao buat malam-malam before tido lagi besh..mau terkejot beruk semua orang..engatkan pocong hantu cina ape..kekekeke..SELAMAT MENCUBE !!

p/s : Lepas tenyeh muke kuat-kuat,sile cek muke masing-masing,takot-takot muke kite tetibe serupe..sape tawu..ahah!

:: Tak sabar nak mulekan operasi penenyehan muke dekat rumah bile cuti midsem nanti ::


Suka? LIKE je! :)


LIKE Fan Page Yana sekali yer! :)

Feb 25, 2011

Mestikah Lelaki Kacak Hanya Untuk Perempuan Cantik ?

DREAM HIGH nie besh kew? Favourite kah?


Korang suke tak tengok cerita Korea ? Korang suke tak tengok hero yang kacak macak tue ? yang senyum sampai buat kite cair gegiler tuh? suke kan? suke kan? tak payah tipu okae..hehe..{kesian lelaki Melayu diabaikan sebentar..hikhikhik} Pernah dengar drama Dream High? sedang meletop kowt sekarang,haishh..dah lah hero heroin kacak macak comel kiut macam aku {oke,sile muntah sekarang! HAHA} mau jugak aku layan movie nieh,tapi manyak busy maa sekarang {Mogok! Mogok! Mogok!},tetibe teringat tentang test Statistic,test Lab Safety and kuiz Organic Chemistry yang aku buat dua tiga hari lepas..Hancur ! {sedih sedu sedan sangat-sangat}..next week dah takde test,Hooreyy ! {lompat katak tetibe},boleh layan movie lepas nieh..belog pon dah lari jauh-jauh merajuk dengan aku sebab dah lame tak update >,<

JOM PREVIEW DREAM HIGH

Cerita ini mengisahkan 6 orang pelajar disekolah KIRIN ART HIGH SCHOOL yang berusaha untuk mencapai cita-cita untuk menjadi bintang terkenal!
 
CHOII Kim Hyun Jongang pun berlakon dalam cerita nih.Tapi dia cume show muka dia sekejap jek.HAHA. tayang diri dia hensem lah konon.CEHH mama aku je yang suke dengan dia. sebab dia ade style perempuan siket. dah tuhh aku pulak suke Lee Minho dalam cerita BOF yang rambut ketak ketak tuhh. tapi sebab aku dah tengok muka dia memang  fake gila lagi lagi tang hidong. terus aku tak suke. I HATE FAKE NOSE! Walaupun diorang nie hensem comel bagai,tapi boyfriend girlfriend diorang nie sehebat diorang tak agak-agaknyer?

Mestikah Lelaki Kacak Hanya Untuk Perempuan Cantik sahaje?

kalao pergi makan dekat mall atau mane-mane tempat makan en,selalu nampak kapel-kapel makan bersama lah kan {ala-ala romantik gitu}..mulelah bukak halaqah mengumpat,HAHA.."eh eh,lawa lah awek dye tapi kenape boyfiee dye tak hensem langsung,macam muke pecah rumah pon ade" atau camnie "eh,hensem giler boy tue! tapi kenape lah gurl yang tak cantik tue dye pilih,hehe"..TeeTT! dapat pahale free! HAHA {kantoii,adehh >,< } Korang pon mesti kadang-kadang berade dalam situasi yang sama kan ? takkan tak pernah terdetik dalam hati kowt,cepat mengaku! cepatttt! HAHA..

“Eh bro, kenapa ek aku tengok awek mamat tu, cantik sangat. Sebijik macam model. Tapi try ko tengok balak dia, muka dan cara pemakaian dia, alahai macam penagih dadah dah aku tengok, muka hitam, cengkung, rambut serabai”. “Ala, apa yang ko peliknya, mungkin itu sudah jodoh dia”. betol tak? betol tak? ErrrGGHH..aku pon berade di situasi yang same! Geram Geram Geram! Sebab semua orang minat boyfiee aku,si Nickhun 2PM :(



{Nickhun sangat kacak! tetibe dapat awek macam kat bawah nie}
hehehe

{yelahh,aku sedeyh sebab aku tak cantik..wuwuwuwu}
{tetapi Nickhun tetap terima aku seadanya! siap kasi cincin lagi..HAHAHA}

Jodoh? Ya, 90% aku setuju. Sudah jodoh mereka, kita memang tidak boleh berbuat apa-apa lagi dah. Mungkin orang zaman sekarang, tidak lagi mementingkan dan melihat rupa paras semata-mata, tetapi melihat terhadap hati budi seseorang. Mungkin walaupun muka lelaki itu seperti penagih dadah, tetapi dalam hati ada sunway lagoon, kita mana tahu kan? Hanya pasangannya sahaja yang dapat menilai semua itu. Kita yang orang luar ini, duduklah senyap-senyap. tak perlu masuk campur,shuhh! shuhh! lari jauh-jauh ye..

Dan kemungkinan ada satu lagi faktor kenapa semua ini berlaku. Kenapa lelaki kurang kacak selalunya akan mendapat awek yang cun? Mungkin lelaki itu hebat dalam selok-belok percintaan. Dia mungkin lebih romantis dan pandai mengambil hati. Jadi, mereka mungkin menjadi lebih istimewa di mata perempuan. Selain itu, kemungkinan kenapa perempuan tidak memilih lelaki kacak sebagai boyfriend ialah kerana perempuan tahu yang KEBANYAKKAN lelaki kacak ini ramai yang playboy atau kaki perempuan. So untuk elak dari dipermainkan awal-awal, perempuan mengambil langkah bijak untuk tidak memilih lelaki kacak. HAHAHA! betol tak? betol tak? kang tak pasal-pasal makan hati dengan pakwe sebab ramai perempuan nak usha takpon dok menggatal dengan perempuan laen..ArggHH..tak sanggup!

Dan kenapa selalunya lelaki kacak mesti bercinta dengan perempuan kurang cantik? Kemungkinan lelaki itu menganggap perempuan yang cantik ini kaki kikis duit, melecehkan, nak itu nak ini, nak gincu ini, nak mekap ini. Cerewet lah senang kata kan..Yela, nama pun perempuan cantik kan. Jadi sebelum duitnya dirembat oleh perempuan yang cantik, jadi lelaki itu mengambil langkah awal-awal untuk bercinta dengan perempuan yang kurang cantik. Huh! agak kejam disitu..kudukut! HAHA

Apapun, sebenarnya ini adalah pilihan masing-masing kan. Kita tidak berhak hendak pertikaikan hak masing-masing. Setiap orang mempunyai taste yang berbeza-beza. Namun aku faham, kebanyakkan orang termasuk aku mudah untuk masuk campur atau menyibuk hal orang. Jadi, bersama-samalah berdoa agar kita dikurniakan pasangan yang akan kekal sampai ke akhir hayat. InsyaAllah..

p/s : rupe paras tak penting,yang penting hati budi seseorang tue okae..jangan pandang rupa dan kekayaan sahaje..pandanglah sikap,hati budi serta perilaku seseorang tue,InsyaAllah akan kekal bahagia selama-lamanya..DAN! jangan terlalu mencari KESEMPURNAAN. No One Perfect. Don't Judge a Person by his or her Past.


Suka? LIKE je! :)


LIKE Fan Page Yana sekali yer! :)

Feb 22, 2011

JANGAN BERLAGAK EGO TINGGI BOLEH TAK?

Wuuahhh,mengantuk sangat-sangat tapi masih nak update belog mushuk nieh >,<


jelesh nyer bila tengok tiap-tiap hari bloggers update belog,lebih-lebih lagi jelesh dengan belog Abang Ben..wuwuwu..banyak betol idea yang dye nak kemukakan,sehari empat lima or lebih entry dye post..perghh..banyak betol mase dye kan? tambah-tambah jelesh bila jenguk belog budak umur 12 tahun yang update entry sememangnye terbaek dari ladang! walao masih kecik,idea yang sweet-sweet bagai tuh buat aku makin bertambah jelesh nyahhh! >,<

hari nie memang aku boleh dikatakan agak BAD MOOD,sebab utama! aku tak sehad,tak larat ErrGGHH. pagi tadi pon dah tak masok kelas tutorial..bangun lambat plus sakit tekak plus sakit gigi plus sakit badan dah macam nak demam =.="" sedeyh nyer..hurm..dalam kesakitan tueh,tetibe kawan koling-koling menanges bagai..haishh..sebab? sudah break dengan boyfren tersayang maaa..alahai..kesian kau en,meh sini kepale boyfren yang kau sayang sanjung tinggi tueh..nak je aku tenyeh kuat-kuat kasi botak! HAHA.. {sempat lagi aku gelak,kawan dah sedeyh bagai nak bunuh diri dah tu} hishh!

asal gadoh terus nak break! asal gaduh terus nak break! tak faham lah aku,kan bagus kalao same-same bawak berbincang elok-elok..tak perlu lah nak break bagai,laen lah kalao spareparttt dah penuh keliling pinggang kan? HAHA..{gelak lagi >,<} ,dah kalao camni memang tak boleh nak salahkan sesiape lah..cuma satu je perlu disalahkan! EGO dalam diri masing-masing! Jangan Berlagak Ego Tinggi Boleh Tak?

LELAKI atau PEREMPUAN lebih KUAT EGO sebenarnyer?


{Dr Love Yana cuba membantu}
{jangan gelak okaeh..hihihihi}


Cerita tentang ego ni korang rasa lelaki atau wanita yang lebih ego?..kenapa tiap kali ada sesuatu isu atau pertelingkahan, wanita je yang nak kena minta maaf dan selalu beralah walaupun puncanya daripada lelaki?..mengapa setiap kali buat salah susah sangat nak melafazkan maaf?...kenapa? kenapa? kenapa?

Kaum lelaki begitu sukar untuk memahami keinginan wanita, walaupun wanita itu adalah orang yang dikenalinya bertahun-tahun dan sanggup bersusah senang bersama-sama…tak semua wanita cerewet dan sentiasa inginkan kebenaran dalam penafian…tapi mengapa lelaki masih gagal berkomunikasi dengan baik dan gagal memahami kehendak wanita itu sendiri?..adakah cacian dan makian adalah makanan seorang lelaki?.. betol ke begitu? betol ke??!  {betol-betol kasi aku emosi >,< }

Wanita memang cerewet dalam sesetengah perkara...memang tak boleh nak dinafikan..Dalam soal berbicara,setiap wanita mempunyai kemampuan dalam penggunaan bahasa yang baik dari kaum lelaki..fakta ini benar! ini kerana kaum wanita menggunakan kedua-dua otak secara serentak dengan memikirkan pro dan kontra dalam membuat keputusan dalam menangani masalah yang dihadapi... tetapi bagi kaum lelaki selalu mengambil jalan singkat dalam menentukan dan menyelesaikan sesuatu masalah tanpa berfikir panjang sebab dan akibat dari tindakan yang bakal diambil..salahkah??..
{dari sumber yang boleh dipercayai}

Benarkah wanita terlalu sensitif sehingga tidak dapat menahan sikap rasionalnya??...oke! kite tengok kajian lak..Kajian mendapati 70 % tenaga yang digunakan dalam otak lelaki akan berhenti dalam keadaan istirehat..Manakala otak wanita,90 dan tenaganya akan tetap bekerja.Sebab inilah wanita lebih cepat sensitif dan dapat berfikir rasional dalam suatu masa yang sama…jadi kajian menunjukkan wanita lebih bersifat rasional dari lelaki…rasional kah kaum wanita??

perlu ke ego jika salah seorang dah mengalah? Perlu ke ego dalam sesebuah hubungan? ego lelaki dan ego wanita sangat berbeza..memang tersangat-sangat berbeza! Ego lelaki lebih kepada tujuan untuk menundukkan wanita…lelaki lebih suka menggunakan kuasa veto untuk menguasai wanita... Kadang kadang lelaki ego sebab control macho dan bertindak seolah2 mereka mampu melakukan apa saja…macam mereka sahaja yg hebat?...huh!

macam mana dengan ego perempuan? Bagi aku, perempuan selalu ego untuk menyorokkan perasaan malu…bila sesebuah hubungan bergolak, perempuan mungkin lebih emosional. So, untuk memaafkan pasangan dan ingin menunjukkan semula perasaan sayang kepada pasangan tu, perempuan malu dan berlagak konon mereka langsung tidak hirau dengan hubungan tu…tetapi sebenarnya malu untuk mengaku yang dia masih sayangkan pasangannya…Itu la ego seorang perempuan. Ego perempuan tidak sama dengan lelaki. Apa yang dilahirkan dari kata-kata bukan yang sebenarnya lahir dari hati. Mulut cakap benci..tapi hati kata sayang..

memang fitrah kejadian tuhan mencipta perempuan dengan sifat sensitif dan ingin dimanjakan…lelaki sepatutnya menahan panas baran dengan lebih berhemah supaya tiada kata-kata pedas dan menyakitkan hati sepanjang komunikasi dalam menangani sebarang isu atau pertikaian..jika tidak, ego wanita akan lebih tinggi dari lelaki !

so,sebagai kawan aku nasehat and also sapport korang berdua,dua-dua kawan baek aku..memang tak boleh nak menangkan salah satu pihak,dah-dah ler ego majok sume..dah dah,pergi kapel balik! HAHA..senang keje aku,haishh +___+


Suka? LIKE je! :)


LIKE Fan Page Yana sekali yer! :)

Feb 21, 2011

Faceblog Pink Macam Belog Yana,I LIKE!

olla peeps,heppy blogging semua? today Yana sangat teruja sebab nak join FACEBLOG..faceblog? yeah..macam facebook kan? just faceblog nie untok blogger-blogger jelah kowt..name lagi faceblog..(>.<"") faceblog kaler pink? whoahh!! terus pengsan sebab comel sangat-sangat! macam belog Yana ler..HAHA..{perah santan lak belog kau lawa,wallawehh..bawak bertaubat ye Yana} sesape nak join boleh click Banner comel kiut miut kaler pink tu okaeh :D ,meh sini dekat-dekat rapat-rapat nak kasi ucapan cket nieh dari pihak admin..sini cepat!

 
SELAMAT DATANG DIUCAPKAN KEPADA SEMUA YANG SUDI HADIR KE THE FACEBLOG. TUJUAN FACEBLOG DIWUJUD IALAH ATAS DASAR UNTUK MENGUMPUL DAN MEMBINA SATU KOMUNITI BLOGGER KHUSUSNYA DI SELURUH MALAYSIA DAN DUNIA AMNYA. MARILAH KITA BERSATU DAN BERKERJASAMA DALAM MEMBANTU RAKAN-RAKAN BLOGGER KITA DI SELURUH MALAYSIA. SEPERTI FACEBOOK, KAMI JUGA MEMPUNYAI TUJUAN YANG SAMA IAITU MENJALINKAN HUBUNGAN YANG LEBIH ERAT ANTARA PARA BLOGGER DI SELURUH MALAYSIA SELARAS DENGAN TEMA YANG KAMI GUNAKAN IAITU SEAKAN-AKAN TEMA FACEBOOK. SERTAILAH KAMI DAN BERSAMA KITA MEMERIAHKAN DUNIA BLOG MALAYSIA.
TERIMA KASIH
 
 
agak-agak nak join tak?jom jom jom!
 
 

Suka? LIKE je! :)


LIKE Fan Page Yana sekali yer! :)

Feb 20, 2011

Aksi Nakal di KLCC Dan Berjumpe Dengan Cik Epal

Hello Bloggers,IM BACK!


auuww,jangan tengok saye! maluu lahh..
tetibe menggedik Yana nie,ape kes? HAHA..dah kau free2 tempek muke sengal-sengal ubi dekat awal-awal entry,mau sape tak tengok..haiyakk..dushh dushh! OMG!  (>.<"")

olla peeps,sehad tak semua? eheh,korang sekarang bukan maen banyak update belog kan..sehari dua tiga entry,huh! jelesh i tawu..saye busy! saye busy! {mogok tetibe sebab tak puas hati} ..agak-agaknyer keyboard lappy nieh dah majok jaoh-jaoh sebab lame tak tekan dye..huhu..say SORRY au..actually nak study untok test next week nie,tapi mood tetibe sesat entah ke mane..{padahal malas..ngee} ,so kite amik mood dulu dengan blogging ye,sejam study berjam-jam bloging..hehe..

Aksi Nakal di KLCC? auh,so sensitif ini title entry maa..jangan sengih-sengih,jangan nak menggatal serta jangan fikir yang bukan-bukan okeh..entry ini tiade kaetan untuk mereka yang berminat aksi-aksi 18SX! HAHA..Actually hari Jumaat baru-baru nie Yana and bebudak kuliah {biotech students} pergi KLCC au,KLCC?kat maner tuh? haa..dekat jew,tepi rumah Mak Limah! HAHA..pergi buad pe? ade exhibition lol (>.<''),semua universiti hantar wakil untuk promote produk-produk diorang yang maybe korang akan jumpe dekat market tak lame lagi,TERBAEK dari ladang! kalao tak silap students final year lah kowt kebanyakan join dalam exhibition nieh..memang gempak! {agak-agak final year nanti barang ape lah yang aku nak cipta nieh..haishh..bingung}..lagipon otak Yana agak sewel-sewel cket time tuh,mau tak sewel,bangun pukul 4.30 pagi and terpakse jirus air sejuk bak waterfall dekat badan..mengantuk plus sejuk..ZzZ..tido memang besh! bas kolej bertolak pukul 6 pagi kowt..sebab tu TERPAKSE bangun awal..ngee~ {then sambung tydo dalam bas sampai caer make up..hikhikhik}

YEAY! FINALLY SAMPAI KLCC



kalao you olls nak kenal,nie lah bebudak satu kuliah dengan Yana..{first year Biotechnology Industry Students},tapi tak semua join dalam gambar nie..sebab tue nampak cket je..dah la boys berape kerat je,ala-ala sekangkang kera jek..HAHA..kesian,kalao kawen maybe satu boys boleh ngap 10 bini nieh..ahah! mostly gurls laa,untung boys kelas Yana ye? ish ish ish..macam comey lote lah pulak tengok bebudak dalam gambar nie,seragam gitue,HAHA..mau tak seragam..wajib pakai jaket fakulti nak masok exhibition nanti..baru kelass gitu..identity pelajar Biotech UMP wajib ditonjolkan! ceywahhh..

seperti biase,kalao jumpe cermin tak sah kalao tak ambik gambar! hoho..actually saje je nak ambik gambar nie,sebab first time sarung jaket fakulti ke badan, (>.<''') mule-mule tak berape nak suke pakai jaket nie sebab macam panas jek,,GGRR,,tanggapanku meleset jauh! smart lah wehhh! HAHA..naseb baek ngam-ngam dengan body aku,kalao terlampau besar mawu mengamuk aku..jadi HULK! >,<

>snap pic at UMP punyer booth<

orait,masok dalam dewan tengok exhibition..memang besh! ciap boleh makan kek free gitu..eheh! {makan jew keje ye}..snap sana snap sini..dah macam jadi model produk lah pulak..pelik je orang sekeliling duk tengok gelagat Yana dengan kawan-kawan..HAHA..baru happening namenyer! tak perlu skema terlampau doehh..bukan pelajar-pelajar Malaysia jew ade,dari universiti Korea Jepun pun ade..produk diorang memang terbaek kowt..robot pon ade! wuwuwu..tapi tak engat lah robot tu name ape..uhuk3..yang penting bukan name Yana terlibat okaeh! (=.="")..dah puas ronggeng-ronggeng snap picture sane sini dekat exhibition tue,Yana and da geng pon keluar..-OUT- jom jalan-jalan dekat Suria KLCC! {orang kaye boleh lah nak beli-belahh,tapi kitorang nie memang terpakse belahhh dari situ}..HAHA..takde duet nak beli barang-barang mahal!

Kami Baek! Kami Dengar Kate! Kami Tak Nakal!

slogan diatas memang tepat tersangat-sangat dengan diri Yana and da geng..Kami Tak Nakal! HAHA..actually semua students kena berkumpul depan KlCC pukul 2.30 au,sebab nak pergi makan same-same katenyer..ahh! takmao ikot! {mogok!mogok!} kitorang nak sopim dulu..eheh (>.<"") then call sumone cakap  geng kitorang taknak join,yeah! DIBENARKAN! epy lompat-lompat macam katak kejap { :P} ape lagi,jom terjah Time Square alang-alang dah sampai KL nieh..hah! hambik kau..penat lelah naek LRT Monorel ape jadah semua tuh..demi semangat keSOPIMan membuak-buak dalam diri,teruskan jugak dengan muke senyum tak eklas..ngehngehngeh..{kawan aku dah nak muntah naek LRT..HAHA..ape daaa,naseb tak pengsan}..tambah-tambah dengan perut kosong en,muke ala-ala mayat semua (>.<"") Kak Limah datang!!!!




jaket fakulti entah taruk kat mane..HAHA..bertukar wajah dah semua,aiyakkk..OMG! duet dalam purse dah kering (=.="") nie sape punyer kerja tarik Yana pergi Time Square hah? sape nak bertanggungjawab? hoho..bayangkan Yana dah habis RM100 lebih sebab sopim sakan dekat sana..aiyakk..{mama aku tawu kompem-kompem berleter 40 hari 40 malam nieh..HAHA}..mau tak habes beratus-ratus..beli baju,wedges,sandal,perfume,makan lagi..hailaa..tambah tolak tambang LRT Monorel ape jadah sume tuh..kena pasang sugar daddy nampaknyer nieh..baru tak kering purse! HAHA..by da way,puas hati sangat-sangat sebab barang-barang dekat situ takde lah mahal sangat kan..PUAS! >,< kawan dah text Yana bagitawu kena berkumpul dekat KLCC pukul 5.30..adehh..cepatnyer nak balik..tak puas lepak lagi nieh,tapi duet dah kering..uhuk3..again and again berhempas pulas menuju KLCC,tak pasal-pasal tak balik Pahang kang..HAHA..naseb baek sampai awal dekat KLCC tueh,boleh lah jugak kitorang nak suap KFC dalam mulot..lapar doehh..tak makan dari pagi..petang,makanan baru jumpe perot..kesian..

*IKLAN SEKEJAP*

Alkisah berjumpe blogger femes amous dekat exhibition..tanx Cik Epal sebab sudi bergambar dengan kitorang..yeay! yeay! comel jugak Cik Epal nieh,suare dye ala-ala lembut lemah gemalai terkulai gitueh...HAHA..lepas nie nak jumpe blogger laen lah pulak..{ade ke blogger yang sudi nak jumpe Yana yang comot nieh} >.<


Finally sampai ke UMP pukol 10 malam..penat betol drive dari KL ke Pahang..
{macam dye lak yang jadi driver..walllaa}


P/S : Sori kalao Yana lambat balas kunjungan ke belog you olls,segala tag and award Yana akan buad kalao ade free time okeh.

 

Suka? LIKE je! :)


LIKE Fan Page Yana sekali yer! :)

Feb 18, 2011

Segmen Blogger Panas: Punyai 1000-1500 Follower?



olla peeps,lame tak hupdate belog mushuk nieh..sori guys sebab busy dengan test plus exam plus study..study?hoho....so,before terlambat..Yana nak join satu segmen besh dari blogger terhebat nie,sape lagi kalao bukan abang Ben Ashaari kite..nak join?click banner dekat atas tue wokeyh? :D

itu saje,babai.


Suka? LIKE je! :)


LIKE Fan Page Yana sekali yer! :)

Feb 14, 2011

Misi Berendam Dalam Aer Sejuk !

hai peeps,sehad tak semua?sumpah Yana windu sangat-sangat nak blogging and blogwalking nieh..haishh..tapi minggu nie and next week memang teramat-amat amat amat busy tawu *berape banyak amat daaa..huhu..assignment?memang tak payah cakap laa..test?aiyoo..ade dua test minggu nieh..need to study! GGRR >.<  Blogging? eheh,akan menyusul slow slow..hopefully you olls tak menanges sedu-sedan windu Yana ye..HAHA..*ape poyo sangat ayat nieh..actually Yana nak story banyak benda au dekat you olls,alang-alang ade mase nie,baek taip story secepat yang mungkin..hoho..

Semalam memang hari yang Yana tunggu-tunggu dalam sejarah stay dekat universiti nieh..*ayat entah ape-ape jew en..huhu..actually semalam Yana and da geng..geng kew?classmates lah kirenyer..pergi PICNIC dekat Hutan Lipur Berkelah,Pahang..*saje je nak bold perkataan picnic tueh..hehe..tak jauh pon dari hostel,lebih kurang 20 till 30 minit lah kowt..yang join?ade laa 11 orang awek-awek cun..boboy takde okeh,plishh take a note..cewahh..tetibe je (=.="")

PON!PON!PON!


amik kau! muke sorang-sorang memang takleh blahh..hepy terlompat-lompat kowt nak pergi berendam dalam aer sejuk..HAHA..macam tak pernah jumpe aer pon ade..haishh..cantek tak kereta tueh?tue lah kereta Yana..agaga..*memang muke tak malu mengaku kereta kau punyerr..uwekk..



nie satu lagi rombongan meminang..eh eh,silap lak..bukan nak pergi rombongan meminang..tapi rombongan nak berangan menjadi princess duyung takpon si dugong..huahua..*teruk jugak ayat aku ek?huhu..poyo..kat belakang tue hostel kitorang..macam rupe kondominium pon ade..HAHA..janji dapat tidur and wireless free cukup..

sebelum berangkat ke hutan lipur tue,kitowang suggest bahagikan dua group lah kan..satu kereta cari makanan,satu kereta lagi jadi mak guard dekat jalan luar hutan lipur tueh..HAHA..mak guard?kesian dye..uwekk..borong habis-habisan,makanan plus plus ayam tueh memang banyak tak terkire lah..nak buad macammaner,kami semua tak breakfast lagi..bangun awal pagi terus siap-siap nak keluar..nak pergi berendam ala-ala badak..huhu..BUT! kami mandi tawu before bertolak uh,jangan engat tak mandi lak..ngee!walaopon muke sorang-sorang memang sembab tahap cipan,lebih-lebih muke si penaip story nie lah sebab tak biase bangun awal pagi..HAHA..kantoi sudeyh..tapi kitowang tetap gigih bangun melawan ngantok-ngantok nieh..nanti dah kena air sejuk mau tak sentakk..auuhh nyahh! sejuk lah air nieh..

cabaran dan sememangnyer cabaran nak masuk ke hutan lipur tueh..kenape Yana kate cabaran?sebab naek kereta itu seperti naek kuda sepanjang perjalanan ke hutan tue..paham?paham? mau tak sakit pinggang bontot sorang-sorang awek dalam kereta tueh..HAHA..jalan tueh kalao boleh nak je Yana kasi lobang lagi besar..*nada ala-ala perli lah nie..baru smooth ciket en?senang and memudahkan perjalanan..naseb baek tak hujan,kalao tak kereta kesayangan aku tueh dah masuk lumpur paras buku lali dah..hikhikhik.. :P kesian..

lastly sampai jua di Hutan Lipur Berkelah..oyeahh oyeahh..cantek?biase je..indah khabar dari rupe ade lah..HAHA..ayat agak kecewa nieh sebab termakan kata-kata kawan lelaki..sengall..saje je nak kenakan kitorang kan..what to do?cari tempat nak buad Bbq first,itu yang penting! huhu..second? cari lokasi yang sesuai untuk penggambaran duyung-duyung seantero dunia..hikhikhik..wahh,bukan maen lagi kau Yana ye..tak pernah jumpe air ke ape..lalalala..buad video clip boleh?takpon berphotoshoot dalam air..pergh..hot gitu..yeke? yeke?


yeay! epy sokmo! *dah terkeluar bahase terengganu aku nieh..hehe..banyak betol batu-batu kat sane,macam-macam saiz you olls..ade  besar,ade kecik..HAHA..BUNGUK! batu pon nak story jugak ke..ape daaa


hah! tengok lah awek-awek nie nak hidopkan api..kononnyer nak buad bbq lah katekan..HAHA..macam gaye orang tak pernah masuk dapur pon ade..aiyakk..malu saje..yang kawan-kawan aku nie lak,nak hidupkan api tapi style macam nak bakar sampah pon ade..segale kayu daun kau sapu kan?HAHA..adoihh..mau setengah jam hidupkan api..nak kasi arang jadi bara jew pon..bapak susah..GGRR..masing-masing mood macam harimau..huhu..tambah-tambah perot lapar..memang macam singa betina :P

AKHIRNYE


agak-agak you olls terliur tak?HAHA..sedapp nieh :P

JOM SANTAP KEJAP


HAHAHA..kasi Yana gelak puas-puas dulu tengok gambar nieh..adehh..apesal macam pelarian nie kawan-kawanku..kesian giler..tue laa,tikar sape suruh tak bawak..kan dah merempat atas surat khabar..aiyoo..before makan pon sempat lagi berposing..nie lah kerja-kerja orang giler lensa macam kami..huhu..setiap pergerakan kalao boleh nak snap..agaagaa..dah macam robot ye? melantak puas-puas dulu ye..makan sampai kenyang..nyumm nyumm *tetibe rase nak makan bbq,macam maner nieh..huhu..help help help..hopefully mimpi makan bbq malam nie..HAHA :D

berjam-jam maen air..sejukk..kalah salji..HAHA..sumpah tipu! yelah,air terjun kowt..maner tak sejuk..mau menggigil sorang-sorang..actually kitorang panjat bukit au nak menuju ke waterfall tue,tapi sayangnyer kamera tak bawak,so takleh nak snap gambar lawa-lawa dekat sane..wuwwuwu..sedeyh..just snap gambar dekat bahagian bawah-bawah saje..yang tue pon dah okae pe..hikhikhik

masing-masing mengecil tande dah kecut! HAHA..memang mandi sepuas hati lah tue..nampak sangat macam tak pernah jumpe air..kih3..dah puas mandi sambung makan lagi..makan and makan and makan..huhu..lapar kowt..dah kenyang turun mandi balik..haishh..mau tak lembik..lastly pukul 5 petang siap-siap kemas barang nak balik..wuwuwu..sedeyh..nak maen lagi..*gedik tetibe..laen kali datang lagi kalao free,auyeahh..suke suke..before balik,snap snap gambar kejap ye..tande kenang-kenangan..cewahh..ayat takleh blahh je en




Kami rase sangat-sangat seronok tawu..rase macam hilang semua beban and masalah biler dah hang out dengan kawan-kawan nie..even korang ade girfren or boyfren,jangan lupe kawan-kawan okae..mereka tetap peneman hidup yang setia even korang senang or susah..hargai kawan-kawan sekeliling kite selagi diorang masih ade..YANA SAYANG KAWAN-KAWAN YANA!

By da way,bagi sesape yang ade tag Yana untuk join contest or pape yang laen,sori tak sempat nak proceed sebab kekangan waktu..hopefully you olls faham :)

bye bye bye

P/S : Yana rase macam nak buad satu contest je,ade suggestion contest ape yang menarik untok you olls join?hee

 

Suka? LIKE je! :)


LIKE Fan Page Yana sekali yer! :)

Feb 11, 2011

Inikah dikatakan tanda RINDU? dan Header Baru Yana

olla peeps,sehad tak semua? you olls rindu Yana tak?haa..baek cepat mengaku meh..HAHA..dah 2 hari tak update belog,rase cam dah berbulan-bulan jew tinggal belog mushuk nieh..eceh,sayang bebenor ye dekat belog..of course lah kan..?eheh..bukan takde idea tapi Yana busy lorhh..biaselah biler dah start belajar nie kan..mase untuk blogging memang agak terhad lah cket..hurm..back to da title entry kali nie,nak dijadikan story morry lah en,tadi Yana landing-landing dengar lagu Aishiteru..eceh..*perlu kew kasi tawu?HAHA..tak perlu lah kowt..uwekkk..tetibe bulu mate sebelah mata kanan gugur..*gugur ke jatuh tercabut?HAHA..pape jelah..OMG! ade orang rindu Yana ke nie?HAHA..you olls kompem-kompem pernah dengar statement camtu kan?kalao bulu mate sebelah kanan jatuh maknenyer ade orang rindu kite,tapi kalao bulu mate sebelah kiri jatuh maknenyer ade orang benci and mengumpat kite..aiyoo..takmao benci-benci and ngumpat-ngumpat lahh..tak suke..hik3..by da way,Yana hepy and sengih sorang-sorang tadi sebab tawu ade orang rindu Yana..kahkahkah..perah santan lah pulak..uwekk..*sewel punyer orang sengih sorang-sorang..hoho..so,Yana nak tanyer nie!


HAHA..baek mengaku cepat!! eleh,malu-malu lah tue..malu tapi mahu..eceh..takde kaetan langsung..aiyakk..suke sangat merapu merepek kerepek tempeyek Yana nie kan?haishh..tapi dah kalao kau gosok tenyeh bagai nak rak mata kau tu siapa 
suruh. Bulu mata tu takkan sesaje je dia nak luruh. haha..salah siape?bukan salah ibu mengandung yang pasti..huhu..*tetibew jek

Betul ke bulu mata gugur tanda orang rindu?Makin banyak bulu mata gugur,makin ramai orang rindu dekat kita.Macam tu ke?besh lah kalao camtu kan..HAHA..merepek! Itu cuma cakap manusia saja.Entah dari mana datang teori ni pon tak tawu en tapi ramai juga orang perempuan percaya. *perempuan je?lelaki lak cammane?huhu =.=""  Tak banyak pun mesti ada sikit kan.Termasuklah awek yang tengah membebel ni..sapekah si dia?HAHA

 
>siape rindu Yana??sile mengaku plishhh<

ada jugak orang cakap,kalau kita tersedak ada orang tengah sebut nama kita en,tengah rindulah tu kononnyer tapi padahal kita yang gelojoh sangat sampai tersedak..entah-entah sebut name kite sebab mengumpat..bukannyer rindu..hoho >.<
 Kalau mahu bercakap dari sudut kesihatan, bulu mata kita gugur mungkin disebabkan oleh penyakit autoimmune (immune system menyerang sel2 badan). Dalam istilah mediknya dikenali sebagai Alopecia Areata - boleh akibatkan keguguran rambut kepala, bulu mata atau mana2 bahagian badan yang berambut. Punca2 lain yang relevan:
-stress
-diet yang tak seimbang
-kurang hormon thyroid (hypothyroidism)
 -terlebih vitamin
-ketidakseimbangan hormon ketika menopause
-chemotherapy
-sesetengah masalah kulit Seperti masalah kesihatan yang lain,rawatan bergantung pada puncanya.
 Jadi kalau nak tau punca, sila la jumpa doktor atau dermatologist. jangan jumpe Yana sudeyh..hehe..den tak dapet bantu un..*entah pape aku cakap nie..bhahahaa..Masalah ini mungkin perlu dirisaukan jika ada ada simptom2 lain yang berkaitan. Tapi secara peribadi,pakar perubatan tak rasa masalah ini serius kalau setakat hilang dua tiga helai bulu mata. To begin with, cuba amalkan tidur yang cukup, kurangkan stress, dan makanan yang seimbang. Ada orang kata kalau sapukan minyak kelapa atau minyak zaitun panas dapat menyihatkan bulu mata. Tak pasti la kan.so,normal lah tue..hehe..orang rindulah katakan..hoho >.<

dah-dah,tukar topik lak..about wut?
>my new header< 


 


OMG! tembam bonar pipi den..HAHA..eheh,okae tak header uh?tanx ye myra sebab designkan untuk Yana..luv u muah muah..*oppss,terlebiyh sudeyhh..oke,sile muntah sekarang! HAHA..so,bagi sesape yang nak header cantek-cantek boleh lah mintak myra designkan untok you olls. peace!




Suka? LIKE je! :)


LIKE Fan Page Yana sekali yer! :)

Feb 9, 2011

Betol Ke Lelaki Camni Sebenarnye?

olla peeps,sehad tak semua?windu saye tak?HAHA..tak baek kalao takmau ngaku..haaa..malu malu kucem lak ye..HAHA..perah santan lah kau nie Yana..sedar diri! sedar diri! hoho..actually mood sekarang nie tersangat-sangatlah bahagia..ecece..bahagia dengan boifren?ouh sudah pasti TIDAK! HAHA..no boifren boifren..study dulu! eceh..kononnyer laa en..haishh..Yana bahagie sebab follower Yana dah mengjangkau angka 1000..adoihh..bahagie siot..bukan senang nak dapat..huhu..yelah..tawu lah korang dah lame dapat follower ramai tuh,Yana je baru nak dapat..HAHA..walaopon baru 3 bulan berjinak-jinak dalam dunia blogging,tapi ramai yang saport Yana?sape saport? you olls semua laa..(>.<"") *nanges esak-esak sebab gembire..HAHA..gedik lak tetibe..

back to da new hot title entry kali nie..*hot kew?macam spicy and original jew..hoho..sekali lagi Yana nak kongsi sumtinx yang agak spesel and maybe buad boys yang bace bengang tahap gaban kowt..HAHA..sile jangan serang Yana okae..uwekk..about what? Betol Ke Lelaki Camni Sebenarnyer? haa..lelaki tue macam maner? jom-jom terjah ape sebenarnyer ade dengan boys tuh..HAHA..dup dap dup dap..buad-buad takot lah cket..boleh?HAHA..

1 ) Terlalu Mementingkan Kawan-Kawan

Wanita selalu makan hati apabila lelaki lebih mementingkan kawan-kawan mereka. Demi bertemu kawan-kawan untuk melakukan aktiviti bersama ataupun hanya melepak, lelaki sanggup mungkir janji untuk bertemu. Jika sesekali, mungkin tidak menimbulkan sebarang masalah namun apa pula jadinya jika ia sehingga menjejaskan masa bersama si dia? Selain itu, wanita turut terasa apabila lelaki lebih senang bercerita sebarang perkara atau masalah dengan kawan-kawan. Alasannya kawan-kawan lebih sesuai untuk dikongsikan cerita itu tidak boleh digunakan lagi. Bukankah lelaki yang membuat pilihan untuk bersama si dia jadi mengapa harus timbul rasa tidak percaya? haa..apesal camnie haa? kecewa daku dibuadnyer..*tetibew jew..hikhikhik

2 ) Tidak Tahu Menghargai

Kenapalah ramai sangat lelaki yang 
tidak pandai untuk menghargai wanita? Bukannya mereka tidak sedar tapi memilih untuk buat tidak tahu saja. Wanita akan berasa sangat gembira jika lelaki tahu menghargai apa yang telah mereka lakukan. Namun bukan maksudnya wanita inginkan balasan, cukup dengan ucapan terima kasih. Tidak salah jika memuji atau memberikan hadiah mengikut kemampuan. betol betol betol! Bf Yana pon camtu..eh eh,Bf dulu..sekarang takde..aiyoo..HAHA..*kantoi denn..wekk

3 ) Kurang Mengambil Berat

Kenapalah lelaki suka 
bersikap sambil lewa dan tidak fokus dengan apa yang dilakukan? Namun apabila bercakap tentang diri sendiri, mereka buat bersungguh-sungguh. Bagaimana pula dengan pasangan? Wanita juga memerlukan perhatian daripada lelaki. Tidak perlu jaga dari segala sudut namun memadailah jika tahu untuk mengambil berat. Mungkin lelaki merasakan wanita zaman sekarang sudah pandai berdikari namun wanita tidak dapat lari dari sifat ingin dibelai dan dimanja. statement takleh blahh,wanita ingin dibelai dan dimanjai..HAHA..ahh,lelaki pon nak jugak en?takyah tipuuu

4 ) Gemar ‘Cuci Mata’

Ini satu lagi sikap lelaki yang sering kali membuatkan wanita sakit hati. Perlukah lelaki memandang wanita lain sedangkan pasangan ada di sebelah? Pantang ada yang 
berdahi licin dan seksi, mulalah biji mata melilau tidak tentu arah. Namun jika wanita melakukan perkara yang sama, pandai pula lelaki naik angin. Wanita sama saja seperti lelaki, mahukan pasangan yang benar-benar mahukan mereka dan tidak memandang yang lain. HAHA..kalao yang nie memang Yana cungkil biji mate dye..bersiap sedia lahh..GGGRRR >.<

5 ) Panas Baran

Wanita akan merasakan mereka bernasib malang jika bertemu dengan 
pasangan yang panas baran. Lelaki seperti ini hanya tahu menganiaya wanita dan pantang ada yang silap. Walaupun salah sendiri namun mereka tidak akan mengaku bahkan menuduh pula orang lain. Mungkin wanita masih boleh bersabar jika kata-kata kurang menyenangkan dihamburkan tapi tidak jika disepak terajang. Bukankah lebih macho jika lelaki seperti ini bertemu dengan lawan yang sepadan. Jadi lelaki, usah jadi kategori ini kerana anda pasti akan amat dibenci oleh semua wanita seluruh dunia. AARRRR!! tak mau yang camnie! mintak mintak dijauhkan..sob sob sob..

amacam? ade rase nak baling telur dekat Yana tak?geram tak?geram tak? HAHA..actually Yana tawu bukan semua boys camtu kan?sesetengah jelah..takpon ade salah satu je dari statement yang menyengat kalbu lelaki macam kat atas tuh..HAHA..*jangan mara Yana sudeyhh..nanges kangg!! HAHA..


>sebok nak tempek muke di merata tempat<

bagi Yana no one perfect kat atas bumi nie..gurl dengan perangai pelik dye and boy dengan perangai pelik diorang yang tersendiri..hoho..tapi kalao nak jage hubungan,sile elakkan dari buad perkara-perkara cumel di atas yerkk..HAHA..kalao nak rase makan penampor oleh awek masing-masing try lah..sedapppp...rase sekali nak lagii..wuwuwu..itu sahaje entry kali nie,entry untuk suke-suke sahaje..takmao tacing tacing okaeh..hehe.. :D

Suka? LIKE je! :)


LIKE Fan Page Yana sekali yer! :)

Feb 7, 2011

Gegar 1000 Blog Oleh Ben Ashaari


hai bloggers >___<
wanna join this segment actually,whut segment?
Gegar 1000 Blog Oleh Ben Ashaari
wahh,menarik kan?1000 blog?memang banyak kowt
hopefully dapat kenal another 999 bloggers kat luar sana
wallawehhh

SAYA SOKONG DUNIA BLOG dan SAYA SUKA KERANA SAYA MINAT MENULIS DAN MEMBACA BLOG ! ANDA BAGAIMANA ??

done oledi! :D


Suka? LIKE je! :)


LIKE Fan Page Yana sekali yer! :)

Feb 6, 2011

Kawan lelaki bertukar menjadi seorang yang ISTIMEWA? GAY?

olla peeps,sehad sehad semua?actually now Yana dah berade dekat hostel nieh..wuwuwuwu..sangat-sangat cedeyh plus plus plus..eheh..nothing interesting to be here,yang ade?haa..kelam kabut nak ciapkan omwek BI nieh..essay kowd..ahhh,tak suke! *mogok! mogok! hoho..*padahal sempat lagi dok online en..hishh..tak sedar diri ke ape aku nieh..wink~ back to da title,actually kali nie aku tertarik au dengan satu artikel yang aku bace tadi..and aku rase story nie agak howt lah dalam kalangan remaja sekarang nieh..like before aku ade story morry pasal lesbian and pengkid semua tue kan?kan?kan? *sile angguk tande setuju..terima kaseh! but now wanna story pasal gay..hoho..apesal aku attract topik cenggini ek?entah lah belalang..bapak pown tak tahu..HAHA..*sewel.. betol kew kawan terlalu rapat and akrab kadang-kadang boleh menimbulkan perasaan cinta and sayang dekat dye?lebih-lebih lagi same jantina..haishh..bahaye nieh..so,kat sini aku nak kongsi satu artikel yang agak menarik tertarik kau memang daboomm dengan korang..*artikel yang aku bace tue lah..hehe..kesian si lelaki nieh..baek korang bantu dye! cepadd!!



  

DILEMA: Kawan lelaki bertukar menjadi seorang yg ISTIMEWA. Gaykah aku?

Aku tak tau nak mulakan cite ni mcm mane. Aku ni pelajar di salah sebuah pusat pengajian tinggi awam (UiTM). Aku ni seorang yg boleh dikatakan pendiam dan tak ramai kawan. Bukan tak ramai tp tak ramai yg sekepala dgn aku. So, anggap je la aku ni sbg kera sumbang. Aku ada sorang kawan laki ni. Dia ni kira agak pendiam gak ar tp masih peramah dan ramai kawan. Terus-terang aku katakan yg time aku kenal dia masa Sem 1 dulu, aku mmg langsung takde rasa yg budak ni mcm sekepala dgn aku. Tapi lama-kelamaan aku makin rasa yang dia ni leh masuk dgn aku. Aku ni mmg jenis yg suka kawan dgn kawan yg sekepala jer, so kalau dah boleh ngam tu aku masuk ar.

Sepanjang tempoh aku berkawan dgn dia, aku mmg takde perasaan yg aku nak rapat dgn dia, bermakna aku dgn dia tu mcm kawan biasa-biasa jer. Tp kalau ada assignment, kami salu group sama2. Lama-kelamaan oleh disebabkan kami dah salu sgt buat assignment sama2, aku rasa hubungan aku dengan dia makin rapat. Maknanya dari kawan "biasa-biasa" jer dah, kami dah jadi kawan yg rapat. Aku salu gak ar bantu dia, kdg tuh klu ada apa-apa assignment aku salu gak share apa yg aku ada dgn dia. Kiranya kami salu tolong-menolong gak ar. Mana yg dia perlukan bantuan aku, aku tolong dan mana yg aku perlukan bantuan dia lak, dia tolong. Makin hari hubungan kitorang mcm dah makin rapat. Sampaikan satu hari tu aku rasa ada satu "perasaan" lain terhadap dia yg dah wujud dalam hati aku ni. Masa tu kan weekend dia salu balik. Kampung aku jauh so takleh la nak balik salu cam dia. Setiap kali weekend tu, aku rasa cam sunyi giler tanpa dia dan aku rasa cam rindu kat dia. Mula-mula aku ingat perasaan tu normal sbb aku mungkin merindui dia sbg kawan biasa.

Baru2 ni kami ada buat tugasan di bandar tempat aku belajar, so aku dgn dia luangkan masa bersama. Masa tu, aku mula rasa perasaan "lain" tadi dah makin menjadi-jadi sehingga aku rasa yg aku rasa selesa sgt setiap kali ada dgn dia. Tapi aku yakin yg dia adalah lelaki normal. Macam mana aku tau? Dia mmg ada gf dan naluri aku kuat mengatakan dia tu straight, selebihnya wallahualam la kan. Persoalannya skrg, hidup aku rasa mcm semakin hari semakin tersiksa disebabkan "perasaan" aku ni. Kdg tu bila tgk dia bersembang dgn classmate sendiri pun rasa jeles sgt. Dah la dia tu jenis yg ramai kawan, so setiap kali aku jalan dgn dia, aku mmg kena tabah hati bila tgk dia tegur org lain/org lain tegur dia biarpun di hati ni Tuhan je la yg tahu betapa cemburunya aku.

Apa yg patut aku buat skrg? Patut ke aku terus pendam perasaan aku ni? Atau aku patut bgtau dia pasal perasaan ni? Nanti apa pulak kata dia kalau dia tau yg dia kawan dgn aku yg ada "perasaan" dekat dia? Atau korang rasa dia pun jenis mcm aku gak? Atau perasaan aku ni normal sbg seorang kawan rapat? Semakin hari aku makin tertekan. Masa nak balik cuti semester ni pun aku nekad tak mahu cakap sgt dgn dia sbb aku takut yg aku akan terus terbuai-buai dgn perasaan ganjil aku ni. Utk pengetahuan korang, masa cuti sem ni aku sanggup tgk setiap status dlm akaun FB dia semata2 nak tau apa yg dia buat setiap waktu! Bermula dari takde perasaan nak kawan langsung, menjadi kawan biasa, partner assignment, kawan rapat kemudian............ PASANGAN GAY???!!! Aku dalam dilema.

p/s: Dia ni jenis yg sembahyang. Setakat ni setiap kali keluar dengan dia, dia mmg akan singgah mane2 surau kat shopping kompleks utk solat. Sejak aku tgk dia salu sembahyang, aku pun terikut2 dan alhamdulillah skrg aku sembahyang tak tinggal. Itu sebab aku salu fikir yg sume ni ada hikmahnya. Dan aku sentiasa berdoa agar aku dpt handle perasaan ni.

so,whut do you think about this??

Suka? LIKE je! :)


LIKE Fan Page Yana sekali yer! :)