Jul 31, 2012

Tips Pemakanan bulan puasa






Assalamualaikum


Salam Ramadhan ke-11 dari saya. Pejam celik pejam celik dah seminggu lebih kita berpuasa kan. Pasti semua tak sabar menunggu hari kemenangan kita pada 1 syawal nanti..kan? Bulan puasa banyak berkatnya. Setahun sekali sahaja kita akan berada di bulan mulia ni. Kalau boleh tingkatkan lagi ibadah kita bagi menampung segala kekurangan amal kita selama ni. In shaa Allah...


Tapi..sepanjang berpuasa ni betul ke cara makan kita semasa berbuka dan juga bersahur? Memang lapar,tapi tak boleh la main redah je makan semua kan. Ada hadnya jugak. Nanti sakit itu ini siapa susah. Korang juga kan..kali ni saya nak share sedikit sebanyak tips pemakanan yang terbaik untuk kita sepanjang bulan puasa ni.

       

Oke bawak bersabar semua. Saya tahu semua tengah tergugat tengok pelbagai jenis makanan dekat atas tu. Sabar sabar..Hikhiks..Dekat sini ada 8 tips terbaik untuk kita. 4 tips digalakkan makan dan lagi 4 tips patut kita elakkan dari makan. Bukan semua wajibal ghunnah makan ye. Tidak. u_____u


Tips 1: Kita digalakkan mengambil lebih kanji untuk elakkan perut dari berasa lapar di siang hari. Contohnya roti yang kaya dengan serat. In shaa Allah badan akan kekal cergas di siang hari.


Tips 2: Amalkan makan kurma. Ianya memang digalakkan oleh Rasulullah memandangkan salah satu makanan nabi kita. Kurma sangat elok sebab mengandungi sugars,fiber,karbohidrat,dan juga magnesium. Jangan lupa beli kurma Yusof Taiyyob ye..hehehehe..tetibe 


Tips 3: Pisang juga baik untuk dimakan sepanjang berpuasa ni ya. Kerana pisang mengandungi sumber potassium,karbohidrat dan juga magnesium. Bila puasa,kita memang kurang air putih kan disiang hari. Jadi mesti susah nak "membuang" kadang-kadang tu. Tapi bila makan banyak pisang,In shaa Allah masalah penghadaman kita akan oke.


Tips 4: Almond. Yeay! sedap kan,dalam fikiran mesti dah terfikir almond london je. Banyakkan makan almond sebab ianya mengandungi banyak protein.


Tips 5: Elakkan makan makanan bergoreng dan juga boleh menyebabkan kegemukan. Tak semua orang berpuasa akan kurus tau. Kalau tak jaga makan main redah je semua boleh mengundang kegemukan juga. Jadi pandai-pandailah pilih makanan ye.


Tips 6: Elakkan makanan yang mempunyai banyak gula. Contohnya aiskrim. Makan sikit-sikit tu takpelah. Janganlah makan sampai 50 ketul aiskrim cornetto dalam satu malam. Kononnya tak nak terliur di siang hari. Lulz


Tips 7: Elakkan makan berlebihan pada waktu sahur terutamanya. Dengan harapan taknak lapar disiang hari. Makan nasi sampai 5 pinggan. Hebak sangat ni. Hehehe..Takpun makan beger best macam gambar dekat atas tu sampai 10 ketul. Dah tahu sangat lepas sahur mesti ramai tidur kan. Nanti bila bangun dah lapar balik. Kan sia-sia tu. Lagipun makanan tak dapat dicerna dengan baik. Tak elok.


Tips 8: Elakkan minum air teh yang banyak pada waktu sahur. Tak elok untuk kesihatan kerana ianya akan keluarkan garam yang kita perlukan di siang hari melalui urine. Nanti buatkan badan kita rasa lemah dengan tiadanya garam dalam badan.


Suka baca tips kali ni? Harap semua baca dan sumbat dalam kepala ketat-ketat ye. Jangan main redah je makan. Hehehe.. Moga ramadhan kali ni lebih baik berbanding dari tahun tahun yang lepas. Jangan disebabkan alasan letih dan penat,kita kurangkan ibadah di bulan mulia ni. :-) 


p/s:Dah baca tu LIKE dan SHARE lah sikit ye kawan-kawan. Terima kasih sudi baca.
Suka? LIKE je! :)


LIKE Fan Page Yana sekali yer! :)

Jul 29, 2012

Diari yang dulu....









Assalamualaikum





Salam Ramadhan yang ke-9 semua. Alhamdulillah bagi mereka yang mampu berpuasa penuh. Syukur sangat kan. Hari ni mood sedikit okey dan happy sebab terjumpa sesuatu yang sudah lama saya tidak pegang. Iye..lama sangat sangat.


Tadi sedang sibuk kemaskan buku-buku di dalam bilik,tiba-tiba terjumpa "something" yang menyimpan seribu satu rahsia yang dulu. Ye..saya terjumpa diari saya yang menyimpan rahsia 4 tahun lepas. Lama kan? Masa tu saya di tingkatan 5. Tak sangka pula agak feeling terlebih nak buat diari bagai. Lawak sangat kalau diingatkan kembali. Mungkin disebabkan saya suka menulis diari dulu kala,feeling tu terbawak-bawak hingga terhasilnya blog. Mungkin laa....





Agak usang dan berdebu diari ni. Dah tersorok celah mana laa selama ni. Tapi isi kandungan masih dapat dibaca. Bila tengok,mak aihhh ape aku merepek jiwang-jiwang dalam diari ni. Lepas tu mula lah gelak sorang-sorang. Banyak kenangan manis dan juga pahit yang ada. Biarlah diri ini simpan sendiri yang pahit. Hanya diri ini dan Allah sahaja yang tahu. Saya nak kongsikan yang manis-manis saja untuk awak semua..Hehehe....


Ape yang manis sangat tu....

  • Suka dekat seorang pelajar lelaki. Manis tak? manis kan? Hahaha..saya pun remaja, saya punya jiwa, saya ingin dicinta, dan juga saya ingin menyinta..Ya Allah dah start jiwang dah. Oke dah. Hehehe.. ni semua cerita zaman monyet,zaman tok nenek. Haishh.. Tapi sekarang lain,lain sangat..
  • Berdengki dengan kawan sebab dia bijak sangat. Nasib baik berdengki pasal pelajaran, kalau berebutkan lelaki. Ohh tidak sama sekali.
  • Ada seorang guru lelaki ni hensem sangat. Buat semua pelajar perempuan cair termasuk saya. Tiap kali dia mengajar dalam kelas rasa teruja sangat. Hahahaa.. Kalau boleh nak dia je selalu mengajar. Lulz
  • Kena marah dan denda dengan cikgu Add Math sebab failed. Failed oke, hebat kan saya sampai failed? Hahaha.. Cikgu tu denda saya depan crush saya. Malu sangat tau. Malu sangat sangat.
  • Kena turun kelas sebab result tak memberangsankan. Eh ni dalam kategori manis ke? Merepek betul. 
  • Saya dan kawan baik saya (Teha) selalu nyanyi dalam kelas. Lebih-lebih ketika cikgu takde. Bukan main lagi buat konsert layan lagu jiwang. Haishh teruk perangai.
  • Saya dan kawan perempuan selalu ke library kalau cikgu takde. Study? Of course tak. Sebab nak skodeng pelajar lelaki yang ke library. Nampak macho dan berpendidikan katanya..Haha merepek oke.
  • Hari terakhir bersekolah. Kami semua memang berat hati sangat nak berpisah. 5 tahun bersama,memang susah lah kan. Lepas habis exam SPM,kami habiskan masa sehari dua untuk ber-bbq,mandi hujan,lepak sana-sini. Semua ada.
Sebenarnya banyak lagi rahsia merepek yang saya tulis didalam diari ni. Zaman sekolah, zaman remaja. Masa ni lah nak mencuba sesuatu yang baru. Semua ni kenangan. Yang akan saya simpan dihati sorang-sorang. Sejujurnya saya rindukan zaman persekolahan. Dekat sekolah ramai kawan, ramai yang boleh dengar masalah kita. Ada ramai guru yang ambil perhatian terhadap kita. Dan sangat berlainan when you turned 18 dan bawa haluan masing-masing. Semuanya kena berdikari sendiri. Trust me. Batch saya sangat ramai,dan hampir mencecah 200 orang pelajar tapi kami semua akrab. Tidak sombong, tidak berlagak pandai kalau mereka yang berada di kelas pertama. I love it.

Saya rindukan kenangan itu. Rindu kawan-kawan saya terutama roomates. Kami sekepala tapi tak gila. Gila-gila je..u_____u

Me at Twitter: @nuyuyana




Suka? LIKE je! :)


LIKE Fan Page Yana sekali yer! :)

Jul 27, 2012

65 Group untuk para blogger





Assalamualaikum


Kali ni banyak tenaga fizikal dan mental saya gunakan untuk list senarai group PING LINK BLOG di facebook.Atau nama lain group untuk blogger laaa,untuk kita kita jeeee...dah lama saya tak korek sana sini facebook tu,hari ni terdetik nak korek mana mana story yang ketinggalan lapuk dek zaman.Cehh.Lepas beberapa minit geledah,maka saya jumpa ini.....


Group blogger yang pernah saya join sejak pertama kali bergelar blogger sampai lah sekarang,saat dan tika ini..terkejut jugak sebab ada 65 group blogger saya join.haha gilaa lah aku ni.entah siapa siapa yang invite entah.Cehh.


Lepas ni siapa nak promotekan link entry atau link blog,tekan je senarai kat bawah.Saya dah listkan.Konfirm trafik cepat naik.Kalao tak caya cuba laaa...TAPI! Jangan spam link okey? Faham faham?
  1. https://www.facebook.com/groups/BloggerHolic/
  2. https://www.facebook.com/groups/wanammal/
  3. https://www.facebook.com/groups/club.blogger.indonesia.malaysia/
  4. https://www.facebook.com/groups/LyssaFaizureen/
  5. https://www.facebook.com/groups/bloggerscybergroup/
  6. https://www.facebook.com/groups/191674354247453/
  7. https://www.facebook.com/groups/101138563307724/
  8. https://www.facebook.com/groups/budakbloggerperempuanonly/
  9. https://www.facebook.com/groups/GBPinks/
  10. https://www.facebook.com/groups/188027111215371/
  11. https://www.facebook.com/groups/182749185099728/
  12. https://www.facebook.com/groups/142576532512155/
  13. https://www.facebook.com/groups/budaknakalblogspot/
  14. https://www.facebook.com/groups/157605894342458/
  15. https://www.facebook.com/groups/kakiblogger/
  16. https://www.facebook.com/groups/blogbelia/
  17. https://www.facebook.com/groups/163440503705535/
  18. https://www.facebook.com/groups/149215951816039/
  19. https://www.facebook.com/groups/152122664875289/
  20. https://www.facebook.com/groups/152914508089577/
  21. https://www.facebook.com/groups/189825647768814/
  22. https://www.facebook.com/groups/bloggerarea/
  23. https://www.facebook.com/groups/ohhmejuez/
  24. https://www.facebook.com/groups/time4blog/
  25. https://www.facebook.com/groups/kamiblogger/
  26. https://www.facebook.com/groups/rakanblogger/
  27. https://www.facebook.com/groups/318299184848952/
  28. https://www.facebook.com/groups/108108042634702/
  29. https://www.facebook.com/groups/jombloggingbersama/
  30. https://www.facebook.com/groups/137718292944833/
  31. https://www.facebook.com/groups/JiwarOsak/
  32. https://www.facebook.com/groups/260742303951304/
  33. https://www.facebook.com/groups/KELABBLOGGERBA/
  34. https://www.facebook.com/groups/budakbloggers/
  35. https://www.facebook.com/groups/171384399586551/
  36. https://www.facebook.com/groups/jomborakkosong/
  37. https://www.facebook.com/groups/171828946184784/
  38. https://www.facebook.com/groups/303318053019849/
  39. https://www.facebook.com/groups/bis.OFFICIAL/
  40. https://www.facebook.com/groups/myungdae/
  41. https://www.facebook.com/groups/165950896788431/
  42. https://www.facebook.com/groups/225109364185116/
  43. https://www.facebook.com/groups/319583068095262/
  44. https://www.facebook.com/groups/165818050147858/
  45. https://www.facebook.com/groups/191948380868836/
  46. https://www.facebook.com/groups/kakibloger/
  47. https://www.facebook.com/groups/117456495024972/
  48. https://www.facebook.com/groups/girlsblogger/
  49. https://www.facebook.com/groups/akuseorangblogger/
  50. https://www.facebook.com/groups/malaysianbloggie/
  51. https://www.facebook.com/groups/GBM.tengkunizam/
  52. https://www.facebook.com/groups/sayabloggertimur/
  53. https://www.facebook.com/groups/mohfi/
  54. https://www.facebook.com/groups/180682075321386/
  55. https://www.facebook.com/groups/familyblogger/
  56. https://www.facebook.com/groups/relevan64/
  57. https://www.facebook.com/groups/311332035613319/
  58. https://www.facebook.com/groups/253466291436887/
  59. https://www.facebook.com/groups/jomkitakumpulsembang/
  60. https://www.facebook.com/groups/adsmoney/
  61. https://www.facebook.com/groups/131661900237051/
  62. https://www.facebook.com/groups/194977527181977/
  63. https://www.facebook.com/groups/ganubloggers/
  64. https://www.facebook.com/groups/mbloggerunite/
  65. https://www.facebook.com/groups/trafficblog/
Lepas ni join lah group dekat atas tu.Join sampai lebam.Cehh.Sekian....Kalao rajin tekanlah button share dekat atas entry ni,biar ramai blogger tahu.Oke? :')









Suka? LIKE je! :)


LIKE Fan Page Yana sekali yer! :)

Jul 26, 2012

Salam Ramadan buat semua





Assalamualaikum.


Salam ramadhan buat semua. Rasanya tak terlambat lagi untuk saya wish. Makin hari makin busy. Busy ape pun saya tak tahu. Sampai lupa blog yang satu. Maafkan daku. Yang pasti saya selalu baca entry dekat blog awak semua. Bagus,selalu update. Hmm.

Macam mana puasa ramadan kali ni? Mesti lagi bagus dari tahun tahun yang lepas kan. Syukur rasa dihati dapat berpuasa dengan keluarga tercinta. Syukur sangat. Dan terima kasih kawan-kawan yang contact saya ditwitter,wish happy fasting and so on. Diri ni masih wujud ditwitter ya,lepas ni kalau nak contact ape-ape terus ke emel dan twitter. Harap maklum. Dan...sesiapa nak tempah tudung tu,untuk makluman semua saya dah tak ambil tempahan. Sorry sangat.....

Semenjak berpuasa ni,badan akan rasa letih bila tak buat kerja. Ye,bila tak buat kerja. Contohnya asyik tidur dan goyang kaki. Tapi bila buat sesuatu kerja contohnya kemas rumah dan sebagainya,badan akan rasa lebih segar dan bertenaga. Semua rasa macam ni ke? Atau saya sorang je? *Thinking* Lagi best tahun ni tak missed lagi solat Tarawih. Syukur sangat. 

Kadang kala rasa tersentuh dihati. Tatkala jam pukul 12 malam ke atas,masih ada insan yang bertandang keblog saya. Rasa terharu walau sekian lama tak update. Terima kasih pengunjung setia. Terima kasih sangat-sangat. Sebenarnya saya ada satu surprised untuk ditujukkan pada semua. Yang contact saya tahu laa. Tapi saya yakin ramai yang belum tahu..nak tahu ape..? Tunggulaa... :p

*
*
*
*
*
*
*
*


Ha..kenal lagi tak budak Yana ni? Kalau tak kenal dah laa..*jeling*
(Ada orang teka saya budak darjah 6..Hahaha..oke tak?Budak kecik lagi...)





Suka? LIKE je! :)


LIKE Fan Page Yana sekali yer! :)

Jul 17, 2012

Siapa cakap Liyana tak femes?




Assalamualaikum

Ini bukan entry berlagak.Bukan entry angkat bakul sendiri mahupun tagih populariti.Ini entry membuka mata semua orang bahawasanya Liyana itu femes.**PANG!!!!** oke dah sedar dah.Terima kasih atas tamparan hebat itu.

Entry kali ni saya nak promote LIYANA...eh silap nak promote BAWAL LIYANA sebenarnya.Oke gelak besar 5 saat.Tak sangka tak duga ada juga nama bawal Liyana kan.Ewahhh.Ingat golongan artis je ke ade..aku pun ado..kau hado?hahaha :p

Bawal Liyana sangat cantik.Colourfull....and nice one.Contoh bawal Liyana boleh rujuk bawah...

 
 




Semua bawal Liyana ni korang semua boleh dapatkan di blogshop akak kesayangan saya *angkat kening*..iaitu di Scarft Sweet Honey yaa..harga sehelai RM39 sahaja.Beli 3 helai dapat free postage dan juga special gift dari Sweet Scarft Honey.Berminat?boleh serbu blogshop ini-----><ScarfSweetHoney>

Suka? LIKE je! :)


LIKE Fan Page Yana sekali yer! :)

Jul 9, 2012

Erti Bunga Ros




Assalamualaikum

................................................



Andai diberi peluang,dahku nak sangat-sangat dapat sejambak bunga ros dan chocolate sebagai kenang-kenangan..tapi tahu,hanya mampu berangan mat jenin buat seketika..pernah dengar bunga ros dan maksud tersirat disebalik warna dan bilangan ros?untuk jejahka kahcak lagi tampan yang sedang baca,take note lepas tu terus pergi buat aksi romantik dekat makwe makwe korang..kompem esok ajak kahwin terus,muehehehe


Maksud berdasarkan warna bunga ros

- MerahCinta yang tulus ikhlas, Keghairahan dan KeberanianHantarkan ros merah untuk menyampaikan pesan yang anda sangat cinta dan sayang akan seseorang; umpana berkata “Aku cinta pada mu”.

PinkMenunjukkan kegembiraan dan kesyukuran, bunga yang memaparkan kegembiraan.Hantarkan bunga ros berwarna pink gelap untuk menunjukkan tanda penghargaan dan terima kasih; umpama mengucapkan “Terima Kasih”. Hantarkan bunga ros berwarna pink cerah untuk menunjukkan kekaguman dan simpati
KuningMembawa maksud persahabatan,kegembiraan, kelegaan dan kebebasan. Juga memberi maksud permulaan untuk sesuatu yang baru Hantarkan bunga ros kuning untuk menceriakan hari seseorang; untuk mengucapkan tahniah pada rakan atau kekasih pada hari yang menggembirakan

PutihMenunjukkan kesucian, bunga ros pengakuan, the bridal rose; “You are heavenly”, “I am worthy of you” Biasanya digunakan sebagai gubahan bunga pengantin tradisional untuk menggambarkan kegembiraan cinta.Boleh juga digunakan untuk menyampaikan pesan: “You are heavenly, I miss you”

LavenderCinta pandang pertama dan pesonaHantarkan bunga ros berwarna lavender untuk menyampaikan mesej “cinta pandang pertama” pada seseorang yang istimewa. Anda juga boleh menghantarnya pada seseorang untuk membuat satu impresi yang istimewa

OrenKeghairahan dan keinginan yang tulus murniPilihan yang bagus untuk untuk mengharapkan perhubungan itu untuk pergi lebih jauh lagi. Ia juga sesuai untuk menggambarkan perkongsian perniagaan yang baru

HitamPermulaan yang baru, Kelahiran semula, kematianKadang-kadang ada yang menganggap bunga ros merah gelap sebagai ros atau mawar hitam. Ia mungkin digambarkan sebagai selamat tinggal atau kematian, tetapi ia juga boleh memberi mesej positif seperti permulaan kepada sesuatu yang baru

BiruMustahil dan tak dapat disempurnakanBunga ini hanya wujud secara fantasi sahaja dan bukannya secara semulajadi. Sesuai diberikan untuk menunjukkan hubungan itu adalah mustahil dan tidak dapat diteruskan


Makna Berdasarkan Bilangan Bunga Ros
1 RoseCinta pandang pertama, kau lah yang satu
2 RosesSaling menyayangi antara satu sama lain
3 RosesI love you
6 RosesAku ingin menjadi milikmu
7 RosesAku tergila-gilakan kamu
9 RosesCinta yang abadi, hinga hujung nyawa
10 RosesKamu adalah sempurna
11 RosesKaulah benda yang paling berharga, yang paling disayangi di muka bumi ini
12 RosesBe my steady
13 RosesPeminat rahsia
15 RosesSaya minta maaf, tolong maafkan saya
20 RosesPercayalah, aku sangat jujur terhadap kamu
21 RosesAku setia pada mu
24 RosesTak boleh berhenti teringatkan awak, 24jam sehari
33 Rosesmenyatakan “Aku cinta padamu” dengan lebih mendalam lagi
36 RosesAku akan ingati waktu-waktu indah kita bersama
40 RosesCintaku padamu adalah tulen
50 RosesCinta yang tiada sesalan
99 RosesAku akan mencintaimu sepanjang hidupku
100 RosesAkan kekal bersama bahagia seabad lamanya, akan kekal setia hingga lanjut usia
101 RosesKaulah satu-satunya cintaku
108 RosesJom Kahwin!
365 RosesTak boleh berhenti memikirkan kamu 365hari
999 RosesCinta yang berkekalan sampai bila-bila

Diingatkan ni semua hanya untuk suka-suka,jangan lepas ni awak semua obses teruk tahap demam campak ye..harap ada yang sudi kasi 999 ketul bunga ros untuk saya,ihikss..ade tak?ade tak? sape-sape nak alamat saya untuk hantar bunga ros boleh PM yaa,hahaha..oke,sekian..

Suka? LIKE je! :)


LIKE Fan Page Yana sekali yer! :)

Jul 7, 2012

Mereka Nyawa Saya




Assalamualaikum semua...

Semalam saya sekeluarga habiskan masa bersama sepanjang hari.Sampai melecet kaki penat berjalan sana sini..Lulz..Dah lama tak berkumpul satu family camni,dekat rumah ada 4 orang..dua orang lagi, saya belajar pahang dan adik bawah saya duduk hostel..so kami berdua jelah yang jarang balik rumah..

Tujuan utama keluar sebab nak shopping baju raya je..huehuehue..awal ehh?haruslah awal..semangat itu penting!..mama saya tukang jahit,dah kalau beli lambat-lambat maka malam raya lah baju kami baru dijahit nanti..kadang-kadang tak sempat siap pun baju raya..tempahan baju dah banyak dirumah sekarang..kesian kan?.. :(

Ni lah perempuan melayu terakhir..ehh?haha..check twitter kejap sementara tunggu yang lain siap..

Ni pula adik bawah saya..Menna,dah Form 5..ehem u___u

Adik bongsu saya..kenapa buat muka kiut sangat hah?muka bajet baik tapi nakal gilaaaa :(

Dua dua adik saya..hehe..syasya,darjah 5 dan akid..5 tahun..jauh kan jarak kami?hehe...

Geram betul si syasya ni amik gambar,tak sempat senyum betul betul dah snap..ggrrr..kang dah jadi mata sepet disitu.. m___m

Mama siapkan makanan..nak picnic dekat Masjid Terapung(Masjid Intan Zaharah) di K.Terengganu katanya..

Ni lah mama saya..tengok muka garang dia tu,kikikiki..marahkan akid lah tu..degil sangat!

Gambar ni bila dah siap makan dan siap siap nak kemas..hahaha..masa makan takpayah laa,melahap tak ingat dunia dah..

Dengan adik adik..hehe

Persembahkan..kami 4 beradik -___-" kenapa saya pendek :( 

Mama saya kiut kan?why mama so cute hah?haha...

Gambar abah takde,sebab dia taknak bergambar..malu katanya..haha..adoii..picnic dekat Masjid Terapung ni sangat best..kawasan okey,menghadap ke laut..boleh tengok pemandangan yang cantik..kawasan tempat rekreasi ni jauhlaa dari masjid tu..bukannya betul-betul picnic di celah masjid tu..siapa pernah datang tahulah macam mana tempatnya kan..huehue

Kemudian kami menuju ke kedai kain..sejujurnya saya ada 3 pasang baju kurung untuk raya tahun ni..huehuehue..satu untuk raya,2 pasang lagi untuk kenduri kahwin sepupu raya nanti..tema tahun ni grey..ceyhh..punya pening masuk kedai cari kain,sesak sangat dengan ramai orang..at last pilih yang ni...

4 perempuan makan 4 jenis corak,sekian...

Lepastu masa nak balik kan..en.kesayangan saya kol..katanya nak jumpa.nak bagi hadiah untuk saya..masa tu dah happy sangat-sangat kan..last week dia ke Bandung,kire ole-ole untuk saya dari Bandung lah ni..thanks hunn!Sila jelesh tahap 2384756 km/jam! Nah ni hadiah dia kasi saya..

Kain pasang dari Bandung.. :) saya suka sangat.

Konklusinya saya sangat happy sampai tak boleh tidur satu saat..Lulz..Nanti dah start Ramadhan saya sibuk tolong mama jahit baju tempahan orang..ada yang nak tempah?maaf tempahan ditutup dah..hehe..sekian entry panjang lebar untuk hari ini.






Suka? LIKE je! :)


LIKE Fan Page Yana sekali yer! :)

Ini comel





Assalamualaikum
Ini comel sangat oke,rasa nak lempang laju-laju
Ehh??
............................................



Lepas ni boleh try dengan muka masing-masing yaa..comel sangat! Lulz



Suka? LIKE je! :)


LIKE Fan Page Yana sekali yer! :)

Jul 5, 2012

Adikku dipaksa kahwin







Semacam tak percaya hal ini terjadi.Dalam diam aku menyeka titis titis jernih yang laju turun di pipi ku.Betul ke keputusan mama dan abah buat? Adik ku baru form 5,tahun depan InsyaAllah akan melanjutkan pelajaran di mana mana institusi di negara ini.Kahwin..siapa yang taknak..aku pun nak,tak dapat dinafikan lagi.Tapi adik mahu fokuskan belajar,kenapa mesti mama dan abah marah-marah adik dan paksa dia kahwin..baik sangat ke lelaki yang akan menjadi bakal adik iparku kelak..itu semua atas pilihan mama dan abah.Kami tak mampu bersuara.


Aku tahu,adik selalu menangis..dia taknak kahwin secepat ini.Dia masih mentah.Bagaimana dengan masa depannya nanti.Adik bermati-matian bangkang keputusan mama.Aku tidak mampu berbuat apa-apa.Hanya mampu menenteramkan hatinya yang telah terluka.Aku bayangkan diriku ditempatnya.Terpaksa tinggalkan insan yang dia sayang untuk bakal suami bukan dari pilihan hati.Ya Allah,dugaan..


Angin sepoi-sepoi bahasa.Petang ini sangat indah,sangat tenang.Perlahan-lahan aku menarik kerusi duduk bersebelahan mama dan abah yang sedang menikmati pisang goreng.Jantungku makin berdebar-debar.Aku mulakan perbualan...


Aku: Mama,abah..kenapa buat angah macamtu,kesian dia.Dia masih muda,baru 17 tahun...biarlah dia kahwin dengan pilihan sendiri lepas habis belajar.


Mama menjegil mata kearahku..Aku tahu mama marah,bimbang abah mengamuk jika aku tanya banyak.Aku tunduk...


Abah: Along buat hal sendiri.Tak payah masuk campur urusan kami.Yang pasti angah tu dia kena kahwin sebelum masuk belajar di universiti nanti.


Aku: Tapi kenapa?.....seribu persoalan bermain dimindaku masih belum terjawab.


Mama: Dah pergi masuk dalam,jangan sibuk hal orang tua.


Air mata ku mengalir laju.Mama dan abah semua berbicara dengan nada tinggi..Aku terkilan..Maafkan along dik,along tak mampu halang pernikahan kali ni..Aku menyeka lagi titis jernih ini.


Keesokan harinya,apabila aku bangun dari tidur..aku terlihat banyak kereta diluar rumah.Ya Allah,orang datang merisik adik ke.Paling malu aku masih tidak bangun dari tidur sedangkan orang ramai diluar rumah.Masa tu jam menunjukkan pukul 8 pagi...Aku kehairanan,mengomel seorang diri..


"awalnya datang merisik..baru pukul 8..sekurang kurangnya datanglaa pukul 10 ke..hurmm" lantas aku mencapai tuala disebelahku untuk kebilik air.


Aku cari adik.Puas aku cari disekeliling rumah.Akhirnya aku berjaya jejaki dirinya dibelakang rumah.Aku nampak dia menangis tersedu-sedu.Aku peluk erat dirinya.Aku bagi kata kata semangat untuknya.Makin aku bersuara makin kuat tangisannya.Lantas aku masuk rumah dan berlari meluru kearah mama dan abah.Dengan suara yang tinggi,aku pertahankan hak adik aku...


Aku: Mama abah! Tak kesian ke tengok angah menangis setiap hari?Penting sangat ke lelaki tu sampai tidak fikirkan kebahagiaan anak sendiri?Kami ni anak angkat ke abah?mama?


Airmata aku makin laju..Akhirnya tangan abah hinggap dipipiku..Aku jatuh terduduk..Pipiku terasa kebas dan pedih yang amat..Tak pernah abah tampar aku selama hidupku 21 tahun ini..Aku menangis tersedu-sedu..bergetar suaraku..hanya tuhan yang tahu..


Saat aku ingin bangun,pinggangku sakit yang amat.Bila aku sedari,aku tahu aku hanya bermimpi..Terdengar suara mama diluar rumah mengejutkan aku dari tidur.Aku terkesima..Ya Allah mimpi rupanya..Mimpi sehingga jatuh katil...Aku tergelak seorang diri..Petang harinya aku menceritakan kisah mimpiku kepada ahli keluarga..Semua gelakkan aku..Dan aku tahu orang yang membaca cerita ini pastinya bengang..Sekian...






Suka? LIKE je! :)


LIKE Fan Page Yana sekali yer! :)

Jul 4, 2012

6 Gambar Photoshoot





Assalamualaikum...


Gambar photoshoot?Cepat je tekan link kan..Terima kasih daun keladi.Sebenarnya baru baru ni saya dapat gambar photoshoot dari fotografer di UMP,yang mana dia ni senior saya lah kan..Gambar ni dah lama,usia hampir sebulan lebih kot,ke dah dua bulan..ermm tak kesahlah...saja nak share,kalau suka tolong senyum depan laptop,kalau tak suka pun kena senyum jugak.Sekian....


Thanks to Najib untuk gambar ni yaaa..Maaf saya tak pandai posing.Mohon maaf.










Sebenarnya si fotografer suruh pakai jubah kot kalau tak silap hari tuuu..tapi tak ade so saya rembat dress jelah.Hehehee.Sekali tengok macam oke,dua tiga empat kali tengok macam gemuk dah.Ape pon tak boleh.Disebabkan saya selalu bergambar,ada beberapa rakan tanya saya ni model ke....For your information "saya bukan model laaa..senior saya nak test teknik ambik gambar kot,"main kameraaaa"..lepas tu ajak saya jadi bahan uji kaji..eh?hahaha.." maka terhasil lah gambar diatas.Cehhh..kemain panjang lebar.


Nak tengok lain lain photoshoot boleh tengok di sini yaaa..kalau sudi LIKE dan COMMENT lah sekali..



Terima kasih sudi membaca.....






Suka? LIKE je! :)


LIKE Fan Page Yana sekali yer! :)